Wednesday, April 11, 2012

Penindasan

Hari ini ku lihat saudaraku diperlakukan seperti hamba
Semuanya angkara mereka yang gilakan kuasa
Jangan menilai dari satu sudut sahaja
Buka mata, tepuk dada tanya selera

Pandai hanya pada zahir saja
Tetapi batin lumpuh tak bermaya
Dikurniakan akal tidak guna sebetulnya
Mereka yang bawah menjadi mangsa

Bukan tidak diajar dalam agama
Ini kerana terikut hasutan pihak ketiga
Jangan mudah kita terpedaya
Janji manis kosong isinya

Yang buta celik akalnya
Yang celik buta hatinya
Yang berkuasa terus mengejar tahta
Yang ditindas teruskan perjuangannya...


No comments:

Post a Comment