Bila datangnya dugaan atau cabaran, kita akan dapat satu pengalaman. Dari pengalaman itu pula, kita dapat rasa nikmat kehidupan. Jangan sesekali takut untuk berhadapan dengan cabaran, jangan jadi pengecut untuk cuba satu benda baru dalam kehidupan. Kerna semua itu adalah langkah untuk mendewasakan cara pemikiran :)
Ceritera Bermula..
Thursday, July 12, 2012
Wednesday, April 18, 2012
Ceritera II
Suasana damai sudah diselubungi
Yang terang sudah digelapi
Permainan mereka baru bermula
Untuk kuasai tahta Maharaja
Bukan membantah atau mengata
Cuma mahu hak sebagai manusia
Ku diam, ku lihat, ku pendam, ku merasa
Takut bila disuara lain maksud yang diterima
Jangan percaya kata pendusta
Janji hanya pada satu waktu saja
Khabar indah bicara duka
Itu semua pemuas nafsu serakah
Pelbagai ragam dicipta manusia
Diberi betis, peha permintaannya
Keselesaan diminta malas berusaha
Hanya yang ada keseronokan semata
Yang terang sudah digelapi
Permainan mereka baru bermula
Untuk kuasai tahta Maharaja
Bukan membantah atau mengata
Cuma mahu hak sebagai manusia
Ku diam, ku lihat, ku pendam, ku merasa
Takut bila disuara lain maksud yang diterima
Jangan percaya kata pendusta
Janji hanya pada satu waktu saja
Khabar indah bicara duka
Itu semua pemuas nafsu serakah
Pelbagai ragam dicipta manusia
Diberi betis, peha permintaannya
Keselesaan diminta malas berusaha
Hanya yang ada keseronokan semata
Wednesday, April 11, 2012
Penindasan
Hari ini ku lihat saudaraku diperlakukan seperti hamba
Semuanya angkara mereka yang gilakan kuasa
Jangan menilai dari satu sudut sahaja
Buka mata, tepuk dada tanya selera
Pandai hanya pada zahir saja
Tetapi batin lumpuh tak bermaya
Dikurniakan akal tidak guna sebetulnya
Mereka yang bawah menjadi mangsa
Bukan tidak diajar dalam agama
Ini kerana terikut hasutan pihak ketiga
Jangan mudah kita terpedaya
Janji manis kosong isinya
Yang buta celik akalnya
Yang celik buta hatinya
Yang berkuasa terus mengejar tahta
Yang ditindas teruskan perjuangannya...
Esok
Andai esok masih bernyawa
Bersyukur lah kerna ajal belum tiba
Andai esok suram
Curahkan dengan keceriaan
Andai esok kita tidak bersama
Fahamilah dengan keadaan semasa
Andai esok aku pergi dulu
Usah tangisi dengan air matamu
Andai esok tiada
Persiapkan diri menghadap yang Esa
Sunday, November 21, 2010
Ceritera
Setiap gerak-geri dan setiap percakapan yang keluar dari mulut ini sentiasa di bisikkan, sentiasa dibualkan. Tidak kira baik mahupun buruk. Ada saja yang ingin disampaikan dari satu pihak ke satu pihak. Hati manusia ni kadang kala sukar diramal dan dibaca. Bila mereka berada di depan kita, lenggang lengguk dan sopannya sangat teratur sampai tertunduk kita melihat akan sikap yang ditunjukkan. Tetapi bila dibelakang kita? apa yang mereka bisikkan? apa yang mereka bualkan? adakah sikap sebenar mereka seperti yang kita lihat dan bayangkan ? atau sebaliknya? memang susah untuk kita jaga hati semua. nanti diri sendiri yang termakan hati.
Monday, August 30, 2010
Hello Hipokrasi
Bila berdepan senyuman yang kau bagi hingga ketelinga
Bila dibelakang kau mengutuk mengata membabi buta
Siapa kau menilai semua dari luar saja
Kalau betul berani kita bersemuka
Sunday, August 15, 2010
Lumrah Alam
Hidup bukan satu percaturan, hidup adalah satu pengembaraan,
Bila sudah jauh melangkah kehadapan, jangan terlalu bangga dengan kedudukan
Sentiasa beringat sebelum terkena, jangan merungut bila sudah kena
Kita tidak akan selalu berada diatas untuk selamanya, tiba masa kita akan jatuh juga
Subscribe to:
Posts (Atom)